Selasa, 10 November 2009

Makna di sebalik logo MGC



G - Guru
Jawatan Guru Cemerlang ( di Sekolah, Institut Perguruan dan Politeknik) dalam sistem pendidikan di Malaysia

C - Cemerlang

M – Majlis – satu agensi profesional pendidikan ( guru) yang terdiri daripada Guru-guru Cemerlang atau Pakar dalam pelbagai matapelajaran.

Bahagian Muka G dan C yang terbuka dan bulatan dalam C
Sifat GC yang terbuka kepada pendapat orang lain, keilmuan dan inovasi

Garisan Merah mengeliling G
Satu kumpulan profesional pendidikan iaitu Guru Cemerlang yang berkerja sebagai satu pasukan diseluruh negara

Warna Merah pada huruf M
Sentiasa dedikasi, penyungguhan kendiri dalam kerja.

Warna Emas
Sentiasa bersinar melambangkan sentiasa cemerlag dari segi personaliti, pengetahuan dan kemahiran, kerja, komunakasi dan potensi diri. Melambangkan kecemerlangan berterusan.

Warna Biru
Keperihatinan ( Kecintaan) tinggi terhadap profesion perguruan dan mengutamakan pelanggan ( Pelajar dan ibubapa/masyarakat)

Kata Aluan


Assalamualaikum dan salam sejahtera.Selamat datang ke blog MGC Kota Tinggi. Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan Majlis Guru Cemerlang serta hal-hal sekitar pendidikan. Selain itu juga adalah bertujuan untuk berkongsi pendapat dan pandangan serta idea-idea baru. Diharapkan agar blog MGC Kota Tinggi ini dapat menyumbangkan sesuatu yang bermakna dalam dunia pendidikan di Malaysia.

Kami mengalu-alukan komen serta cadangan bagi penambahbaikan maklumat yang terdapat di dalam blog ini. Sekiranya ada maklumat yang ingin dikongsi bersama sila email kan kepada mgckotatinggi@gmail.com .

Terima Kasih.
Powered By Blogger